Bila Duduk Satu Rumah Dalam Universiti

Assalamualaikum w.b.t Pembuka Kata-Kata

Ramai tertanya-tanya, kenapa tajuk sebegitu dipilih oleh Syaz?
Aduh, berat sebenarnya nak cakap...
Dah kelu lidah dah nak berkata-kata

Okaylah, Syaz tahu kebiasaannya akan timbul
Tapi bayangkanlah, kena duduk satu tahun dengan orang yang tak reti jaga kebersihan
Stress kut.... Mana tak nya, kalau nak sepahkan bilik sendiri, DIPERSILAKAN
Yang tak bestnya, bilik air tak reti nak basuh
Rambut yang gugur dalam bilik mandi tak reti nak ambil buang
Singki sampai berkulat kalau kami yang rajin ni terlupa nak GAHA*basuh dengan berus*
Mung ingat aku nge 2-3 orang ni HAMBA guane?
Sama-sama hidup dalam rumah, jagalah sama-sama

Sekurang-kurang minggu ni orang ni, minggu depan orang ni pula
Jijiklah bagi seorang PEREMPUAN bersikap macam tu
Tengah kami basuh, bersih, buang sampah
Yang tak tolong selama ni, tengok je
Jeling je 
Amboi, senangnya kerja korang

Nak nasihatlah, yang bakal masuk alam universiti
Tolonglah, jangan biarkan kawan-kawan satu rumah awak jadi kuli awak
Sama je kerja diorang, belajar, buat assignment, kuiz semua-semua tu
Tapi kenapa perlu sampai mereka-mereka ni terbeban dengan kemas rumah
Dekat rumah, nak manja tahap GABAN pun, SILAKAN
Dekat rumah sewa atau kolej kediaman, TOLONG BUAT JUGA
Tak banyak sikit pun tak apa

Maaflah buat sesiapa terasa
Bukan niat pun tapi yalah 
Korang pun akan setuju dengan post ni

Diharap post ini dapat buka mata semua. Bukan semua perangai macam tu, cuma nak nasihat yang perangai macam tu. Ingat, kita ni perempuan. JAGALAH KEBERSIHAN dan JANGAN BAGI ORANG TAK RESPECT KAMU sebab perangai pengotor dan pemalas

Cukup di sini saja post di entry saya. Moga dapat mengambil pengajaran ya

*tangan.masih.terasa.panas.sebab.guna.pencuci.tandas*

Comments

Popular Posts