Amalan Bergotong-Royong (Faktor Kesan Dan Pengajaran)
Assalamualaikum semua
Okay, senang cerita Syaz nak simpulkan pasal aktiviti bergotong royong yang berlaku di Kampung
Alor Limbat di Terengganu. Apa yang kita dapat melalui aktiviti ini dan apa yang kita dapat rumuskan
melalui aktiviti ini supaya orang ramai dapat sedar apa faktor, kesan dan rumusan yang dapat kita sampaikan.
Antara faktor yang mendorong amalan bergotong-royong adalah keadaan di sesebuah tempat itu terlalu kotor. Alasan ini begitu relevan kerana masayarakat kini tidak mementingkan kebersihan dan hanya memandang remeh isu kebersihan ini. Plastik dan sampah dibuang dengan begitu sahaja terutama di dalam longkang, parit, sungai dan laut. Selain itu, kekangan masa untuk bersosial di kalangan masyarakat. Masyarakat pada masa ini kebanyakannya sibuk dengan pekerjaan mereka sehinggakan waktu petang mereka tidak dapat digunakan untuk bersosial. Ini dapat membantu mereka mengenali jiran mereka dengan lebih dekat. Seterusnya, ramai anak-anak muda cenderung melakukan perkara-perkara kurang berfaedah. Ini dapat mengisi masa mereka dengan lebih baik iaitu melakukan aktiviti bergotong-royong, ramah mesra dengan masyarakat setempat dan lain-lain. Sekurang-kurangnya, gejala sosial seperti merokok, berjudi, merempit, mengambil dadah dapat dikurangkan. Faktor keempat adalah kurangnya galakan menghapuskan nyamuk aedes. Sejak beberapa tahun ini, kurangnya galakan menghapuskan nyamuk aedes di kalangan masyarakat setempat. Kawasan air bertakung, tidak mengira kawasan mendorong ke arah pembiakan nyamuk aedes. Maka, ini dapat menggalakkan masyarakat setempat supaya berhati-hati kerana setiap penyakit boleh datang menyerang tanpa mengira masa dan tempat.
Kesan bergotong-royong adalah kawasan setempat lebih bersih. Kawasan yang bersih dapat melahirkan manusia yang lebih sejahtera kerana risiko penyakit berkurangan.Contohnya, penyakit demam denggi. Selain itu, kurangnya berlaku gejala sosial di kalangan anak muda pada zaman kini. Statistik jenayah dari segi kesalahan mencuri, mengambil dadah, merempit dan sebagainya dapat dikurangkan setiap tahun kerana masa mereka diisi dengan perkara berfaedah. Akhir sekali, masyarakat akan lebih bergaul sesama sendiri tanpa mengira kaun, bangsa, bahasa mahupun agama kerana sebagai jiran, kita perlulah mengenali antara satu sama lain, tolong menolong, dan bekerjasama dalam membuat sesuatu. Ini juga dapat mengeratkan lagi silaturrahim sesama mereka.
Kesimpulannya, kita mestilah bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain supaya tidak tersisih daripada masyarakat dan dapat mengeratkan hubungan sesama manusia. Bak kata pepatah, bersatu teguh bercerai roboh. Tidak dipanggil jiran sekiranya tidak mengenali antara satu sama lain. Kita haruslah menjaga kebersihan kawasan kita agar tidak mudah dijangkiti oleh penyakit berbahaya seperti H1N1, demam denggi, selesema, batuk dan sebagainya. Langkah awal perlulah bermula dari kawasan rumah kita.

Comments
Post a Comment
Comment below pls