Kucing Oh Kucing Kenapa Kau Berak Dekat Rumah Aku?

Assalamualaikum reader sekalian

Topik hangat hari ini iaitu KUCING BERAK MERATA-RATA. Apa nak buat lagi biar kurang sikit bab berak-berak ni? Selalunya, penjaga kucing memahami perangai dan karenah kucing dalam erti kata lain, lebih kuat sabar. Macam Syaz, peminat kucing tapi sabar dan tak banyak marah-marah. Syaz tak dapat lagi bela seekor sebab mak Syaz pula tak suka kucing. So, tolak ansurlah kiranya.



Rumah tak ada kucing, tapi jiran sebelah bela kucing. Kena pulak tak masuk dalam sangkar hari tu, Ya Allah....tahi nya merata-rata dalam rumah Syaz. Cair keras berbau macam-macam. Rumah Edena berpasir sebab Mak Syaz suka tanam pokok. Rumah sebelah fully bersimen. So, rumah Syazlah kucing tu tumpang membuang.

Edena cari petua-petua ni. Al maklum Mak Syaz memang tak boleh tahi-tahi kucing ni. Sekarang ni, Edena ada bau. Ayah Syaz pun cakap benda sama tapi dicari sekeliling rumah, sebalik rumput tak jumpa-jumpa lagi. Semerbak kalau time angin datang. Sabar jelah ya, sebab hati jiran tetap kena jaga, insha allah ada penyelesaiannya nanti.

PETUANYA ADALAH... JENG JENG JENG!!!
Caranya, ambil minyak masak yang telah digunakan. Maksudnya minyak masak yang telah kita gunakan untuk menggoreng ikan. Percik-percikkan minyak tersebut di sekitar tempat yang menjadi port kegemaran untuk kucing melepaskan hajat.
Secara logiknya, kucing tidak akan berak di tempat dia makan. Kucing pun tau jaga persekitaran… ok. Kalau tempat tu ada bau-bau ikan ( dari minyak gorengan ikan ) dia tidak akan berak di situ.
Next, kalau ada simen yang jadi port kucing tu, bolehlah curahkan kolorox sikit. Jangan banyak sangat. sebab kucing tak kan pergi buang tempat-tempat yang berbau kuat. Even manusia tak tahan bau klorox, kucing sama jugak.

Itulah petuanya, Syaz dah cuba yang kedua tu. Menjadi tapi yang pertama tu tak tahu lagi. Sebab tak uji. Moga-moga ini membantu pembaca, sama ada pencinta kucing mahupun yang kurang suka dengan kucing.

Comments

Popular Posts